Mingguan mStar

Mingguan mStar ialah akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan setiap hari Ahad oleh Star Publications (M) Bhd. Ia ialah akhbar berbahasa Melayu sisipan Sunday Star, sejak 1 Mac 2010. Akhbar fizikal ini mengikuti akbar dalam talian mSTAR Online.Akhbar ini mengandungi 32 muka surat itu telah dicetak sebanyak 170,000 naskah. Sebagai permulaan, ia hanya diedarkan di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Putrajaya.[1]Pelancaran akhbar ini dilakukan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Hotel Concorde. Turut hadir ialah Datin Linda Ngiam, Datuk Yong Soo Heong (Bernama); Datuk Seri Azman Ujang (Bernama TV), Datuk Chamil Wariya (Institut Akhbar Malaysia), Datuk A Kadir Jasin (Berita Publishing Sdn Bhd), Ahmad Abdul Hamid (Utusan) dan Abdul Jalil Ali (Kumpulan Karangkraf).[2]Akhbar Mingguan mStar akan diedarkan secara percuma bersama dengan the Sunday Star sehingga bulan Mei dan selepas itu akan dijual secara berasingan sebagai sebuah akhbar mingguan. Akhbar mingguan berbahasa Melayu kini didominasi oleh akhbar Mingguan Malaysia dan Berita Minggu. Kajian mendapati pasaran akhbar berbahasa Melayu susah mendapatkan pengiklanan. 32% pembaca The Star adalah daripada kalangan bangsa Melayu.[perlu rujukan]